Persoalan tentang Pengharapan dan cinta.


Assalamualaikum w.b.t
untuk entry kali ini, liyana lebih kepada menjawab persoalan dari akaun sarahah liyana sendiri berkenaan "pengharapan".

pertamanya, saya bukanlah orang yang mahir, tapi saya rasa soalan ini perlu diberi penjelasan agar orang tak salah faham tentang kenapa Allah susun sesuatu tu macam tu. Entry kali ini juga , secara tak langsung menegur diri saya juga. moga bermanfaat. :)

ini soalannya:



jawapan, cuba lihat kepada persoalan "untuk apa manusia berharap sedangkan ianya mustahil". kita tau, jodoh, ajal, rezeki semua sudah tercatat sejak kita lahir lagi. tapi sebab apa kita masih perlu berdoa & berharap? saya jawab persoalan kamu dengan persoalan saya, kenapa Allah ada berfirman "mohonlah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan". sedangkan kalau kita tak minta pon Allah akan bagi pada kita dan Kenapa Rasulullah S.A.W setiap hari beratus kali bertaubat, sedangkan Rasulullah tau baginda maksum dan dijamin syurga? kenapa? 

cuba kamu fikir dan jawab kembali persoalan-persoalan saya diatas.

tak lain tak bukan, kita berharap, kita berdoa untuk menjadikan kita orang yang bersyukur, hidup bertuhankan Allah, untuk rasa diri kita ni tiada apa-apa pun tanpa pertolongan Allah dan pengharapan inilah, sebagai penyambung hubungan kita dengan Allah. 

kadang-kadang apa yang Allah takdirkan untuk kita dimasa hadapan itu sudah cemerlang, tapi kita sendiri yang menggagalkan perancangan yang Allah dah susun untuk kita itu dengan tidak berusaha kearah kecemerlangan itu. boleh faham ka setakat ni? untuk lebih jelas kita kena bincang bab Qada' dan Qadar, ada Qadar yang boleh berubah dan ada Qadar yang tidak boleh berubah. bergantung kepada usaha kita. Cuba lihat dalil ini:

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendakinya dan Dia juga menetapkan apa-apa yang dikehendakinya.” (Surah al-Ra‘d 13: 39) 

segala apa yang Allah telah aturkan boleh berubah dengan kehendakNya, dan jika Allah mahukan ia berubah, ia boleh berlaku dengan kehendakNya. tiada apa yang mustahil bagi Allah.

mesti akan ada yang cakap,  "Alaa, buat apa aku usaha sedangkan, Allah dah tetapkan pun macam tu untuk aku" . tidak! Allah berikan kepada kita berdasarkan apa yang kita Sangkakan pada Allah. jika baik, maka baiklah, jika kurang baik, maka kurang baiklah. jadi sebagai manusia, tak perlu kita fikir apa yang Allah telah tetapkan untuk kita,tetapi selagi ada ruang , lakukanlah tugas kita sebaik mungkin sebagai hamba Allah. in sha Allah.

baik kita teruskan, untuk persoalan tentang cinta,

apa itu cinta yang kalian faham? 

cinta itu luas definisinya, cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan manusia, cintakan haiwan, cintakan alam dan sebagainya. tapi kita fokuskan cinta kepada manusia yang bukan mahram untuk kali ini.

cinta itu fitrah, selalu kita dengar. Tetapi sejauh mana kita faham dengan maksud cinta itu fitrah?.
suatu perasaan yang semula jadi, dan setiap orang pon akan melaluinya. tapi Fitrah ini perlu DIURUSKAN. sebagai contoh, makan itu fitrah, minum itu fitrah, tapi jika kita makan khinzir ia jadi haram, jika kita minum arak ia jadi haram. jadi salahkah "kita makan" sebenarnya? 

nampak tak? yang salah adalah bagaimana kita menguruskan fitrah itu. jika kita hala kan kearah yang baik, cara yang betul , maka cinta ini boleh mengangkat darjat kita disisi Allah. jika kita hala kan kearah yang salah, cinta ini boleh menghancurkan kita.

berbalik kepada realiti, seringkali kita dipersoalkan, 
aku bercinta ja pon bukan couple. Aku bercinta dengan dia bukan ajak dating pon , call pon tak pernah ,jadi salahkan cara aku?. aku bukan selalu pun chat dia, tak salahkan.

tertarik untuk saya kongsikan,saya pernah baca satu statement
"orang yang bercinta ini, hakikatnya jasad memang tak bersatu, tapi hati sudah bersatu, hati kotor!"

Ibn Qayyim ada berkata:
"Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati.."

kenapa Ibn Qayyim sendiri berkata sedemikian, jika kita kata cintakan makhluk itu tidak salah? adakah dengan memalingkan cinta kita dari Allah itu yang kita katakan cinta yang tidak salah?

bila cinta sesama makhluk, hati selalu gelisah, tak tenang fikirkan itu, ini. takut curang. takut kehilangan. takut macam-macam. tipu kalau orang yang bercinta tak rasakan perkara ini. kita sendiri pon tak yakin dengan segala kemungkinan yang Allah aturkan untuk hidup kita untuk akan datang, jadi buat apa berharap pada manusia?

jadi inikah definisi cinta yang tidak salah bagi kita? 
Cinta itu kegelisahan atau Cinta itu ketenangan? 
sudah tentu cinta yang Allah REDHA itu adalah cinta yang membawa kepada ketenangan. dengan situasi takut curang, takut kehilangan. adakah itu ketenangan bagi kita? 

sebagai pengakhir, carilah cinta Allah. Hakikatnya, cinta kepada Allah itu sudah cukup untuk kuatkan semangat kita saat kita lemah. Cinta yang Allah redha Allah akan hadirkan kepada orang yang layak kita cinta, Ibu, Ayah, keluarga, Sahabat-sahabat, suami dan isteri. itu yang Allah redha.

hati kita hanya satu, hati ini jugak kita gunakan untuk cinta dan untuk menghadirkan kekusyukkan dalam beribadah. Dihadapan Allah nanti juga kita hanya akan persembahkan HATI yang satu ini. jadi jagalah baik-baik.

kita manusia, takkan boleh lari dari perasaan cinta, Uruskan cinta itu dengan Panduan Allah, dengan iman, dengan ilmu, supaya cinta yang kita pegang itu bukan cinta yang tercemar.

jadi sebagai pengakhir, maaf andai penerangan saya diatas kurang menjawab. saya yang menulis ini juga bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Doakan saya diberi kekuatan istiqamah dan amalkan apa yang saya sampaikan. hakikatnya kita manusia "iman yazid, wa yanqus". jadi tak perlu kita lihat orang yang melakukan dosa itu seolah-olah dia pasti ke neraka, dan kita yang kononya beramal soleh ini pasti kesyurga. boleh jadi suatu hari nikmat islam dan iman itu, Allah pindahkan kepada mereka. nauzubillah minta dijauhkan. Doakan saya juga ya!

 Wallahu 'alam, terima kasih. ;)


Read More

Redha dan Positif


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah syukur kepada yg maha Pencipta ,yang maha mengetahui apa yang terbaik buat kita




pos ni untuk apa eh?
ok firstly post ni berkenaan lebih kurang macam rasa syukurlah diberi peluang melanjutkan pelajaran lagi untuk peringkat sarjana muda. Walaupun kos yang yana dapat tidaklah seperti yang diharapkan, tapi orang kata everything happen for a reason , right?
 nak tak nak Allah lebih tau apa yg sesuai dengan kita :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


jadi nak tak nak kita kena yakin dan redha.. kos apa yang yana nak tu? dan kos apa yang yana dapat?
haha .. sewaktu asasi(tamhidi) dulu berhasrat utk sambung Degree dalam Science Actuary.. dan alhamdulillah Allah hadiahkan yg lebih baik. sekarang yana sambung kos Applied Physics.

terpikir jugak ambik kos fizik ni nak keja apa eh nanti?haha
abah yana cakap, kita belajar je dulu , soal rezeki kerjaya Allah yang tentukan.. ramai ja student yang belajar kos yg memang dah nampak kerjaya , tapi Allah berikan ujian dia x da rezeki lagi untuk bekerja. so set mind rezeki Allah tu luas as long as kita percaya pada dia. Sebab Allah  akan beri berdasarkan apa yang kita fikirkan tentang Dia. 

so the conclusion is:
Redha dengan setiap pemberian Allah ..walaupun kita tak pernah letak dalam wishlist kita sebelum ni
dan
sentiasa berharap pada yang satu iaitu Allah dan positifkan setiap anggapan kita pada Allah walaupun kita diberi banyak ujian.

setakat tu sahaja perkongsian..moga2 bermanfaat dan ada barakahnya..Amin
waalahu a`lam


Read More

Terlalu Banyak Cerita!!!


Assalamualaikum sahabat2 ..
Allah hai rasanya terlalu lama liyana x update blog yana.. sibuk bertambah malas ..hahha
ok.. sepanjang yana x update blog sebenarnya banyak kisah dan pengalaman yg yana hadapi..sedar x sedar yana dah pun hadapi..

saat yana diberi ujian yg begitu besar sewaktu final exam time asasi (tamhidi ).. saat result keluar..saat nak move on.. banyak sgt..ada ruang dan masa yana akan kongsikan ..buat semua yg baca moga2 bermanfaat buat kalian.. 

ok untuk harini yana cuma nak share tentang barakah..

barakah itu apa?
bila mana kamu belajar kamu dapat amalkan apa yg kamu belajar... itu dipanggil barakah
bila mana kamu ada harta tapi x miskin.. x pula kaya..sekadar mencukupi keperluan..itu barakah..
bila mana kamu mampu bersabar saat kamu diberi ujian..itu barakah..

tanda Allah sayang ..Allah berikan ujian.. tanda Allah cinta Allah datangkan musibah.. untuk kita sentiasa ingat yg Allah sentiasa ada dgn kita walaupun waktu itu manusia x pandang kita..

pengalamannya lepas sewaktu yana di skolah menengah dulu yana bersekolah di SMKA Nibong Tebal..atau nama sekarangnya SMKA Sheikh Abdullah Fahim.. yana satu dari kalangan pimpinan pelajar di sekolah waktu tu.. masa yg sibuk.. tugas yg banyak.. yana pulak jenis aktif masuk pertandingan smpai peringkat negeri macm tu.. betapa masa tak cukupnya utk yana study.. hmm

yana sewaktu menengah rendah alhamdulillah diberi rezeki utk selalu result yg baik.. tapi sejak yana berada dibarisan kepimpinan..result makin lama makin down.. Allah saja yg tau perasaan waktu tu.. hati ni.. badan ni penat sgt..tapi kita percaya pada janji Allah.. kalau kita bantu agama Allah..Allah akan bantu hidup kita..



waktu tu yana x pikir panjang dah..walaupun result aku x segempak result kawan2 yg lain waktu exam.. aku rasa sekarang ni kekuatan aku hanyalah aku kena cari BARAKAH.. lakukan segala tugas sebagai pimpinan dgn penuh ikhlas..moga2 dgn ini Allah bantu aku utk mudah urusan belajar..

buat tugas ..study punya study... dan dah lepas SPM smua..tiba saat result SPM 2015 diumumkan.. Allah ..satu family datang skolah sbb nak ambik result skali.. perasaan hanya Allah yg tau.. dlm hati memohon.. Ya Allah berikanlah keputusan ini dapat membanggakan ibu dan ayah aku.. x henti2 yana berdoa.. tapi.. Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita..saat result diumumkan utk pelajar naik pentas ..nama yana tidak tersenarai..Allah.. sedih..sgt2 sedih.. yana tgok muka mama dan abah .. lagilah ..sebak tak tertahan.. akhirnya yana dapat tau result yana .. alhamdulillah kurang 1 A dari org yg layak naik pentas..agak2 berapa? hahah.. byak B+ ..adoii.. tapi x pa..syukur alhamdulillah ..

selesai keluar result SPM.. smua org takut ..of course takut utk keputusan universiti.. dan penantian pon berakhir.. 2 bulan selepas keluar result spm ..keluarlah result UPU.. 

ALHAMDULILLAH.. syukur sgt waktu result upu keluar yana ditawarkan utk sambung asasi di Univeristi Sains Islam Malaysia(USIM).. syukur yg teramat sgt..nak nangis pon ada..masa result spm tu mmg rasa diri ni x layak dah nak dimasukkan dlm senarai masuk U.. tapi .. rezeki kita x kan mampu jangka.. sahabat2 yana ada yg dapat result lebih dari yana.. dapat diploma.. dapat matrik.. dan alhamdulillah walau yana x mampu sama2 ada dengan diorang atas pentas menjadi pelajar cemerlang spm..tapi masih Allah beri peluang utk sambung asasi.. itu namanya BARAKAH...

 nampak x kuasa BARAKAH?? kita korban diri kita utk kerja Allah..tolong dalam kepimpinan.. Allah murahkan rezeki kita.. tanpa kita jangka.. yg penting sentiasa ikhlaskan diri.. Allah x pernah lalai walau sekali menilai kebaikan yg kita buat..jadi teruskan amalan kita..teruskan korban kehendak diri kita..teruskan bantu agama Allah..moga2 ada rahmat dan barakah..amin..

setakat ini sahaja coretan utk kali ni..almaklumlah lama x menaip..panjang sikit lah yee..moga bermanfaat.. wallahu 'alam..

~beautiful of iman~
Read More

welcome back!!


Assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah syukur atas nikmat kurnianNya.. hahhaa dah lama sangat tak update blog... maaf nah..last update tahun lepas bulan 3 tak silap..



gambar usim tercinta!


ok untuk pengetahuan sekarang memang agak sibuk sikit sebab sem yang sangat padat.. banyak sangat kejaaa... liyana belajar mana? haaa!! liyana sekarang belajar di Universiti Sains Islam Malaysia.. a.k.a USIM.. kat mana tu? nilai negeri sembilan. dalam kos (tamhidi)asasi sains dan teknologi..alhamdulillah dapat jugak masuk U eh..walau result spm ku tak lah gempak mana..alhamdulillah..

so,untuk post kali ni x tau nak update apa memandang kan dah lama sangat tak menaip.. tapi kalau korang nak tau pengalaman liyana kat sini.. boleh..boleh nanti liyana balas untuk next entry ok? banyak sangat pengalaman walau liyana kat sini baru 7 bulan.. jumpa orang macam ni macam tu.. tapi apa orang kata bila masuk U ni kita kena pandai lah bawa diri ..kawan yang macam mana yang kita pilih itu yang akan mempengaruhi kita.. 

ok setakat ni saja coretan kali ini ..in sha Allah kalau ada kesempatan next entry liyana cerita sikit pengalaman yang tak seberapa ..mana nak tau boleh bagi idea sikit untuk adik2 yang baru lepas spm nak isi UPU nanti kan? 

wallahu a'lam
Assalamualaikum
Read More

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena