Assalamualaikum w.b.t
untuk entry kali ini, liyana lebih kepada menjawab persoalan dari akaun sarahah liyana sendiri berkenaan "pengharapan".
pertamanya, saya bukanlah orang yang mahir, tapi saya rasa soalan ini perlu diberi penjelasan agar orang tak salah faham tentang kenapa Allah susun sesuatu tu macam tu. Entry kali ini juga , secara tak langsung menegur diri saya juga. moga bermanfaat. :)
ini soalannya:
jawapan, cuba lihat kepada persoalan "untuk apa manusia berharap sedangkan ianya mustahil". kita tau, jodoh, ajal, rezeki semua sudah tercatat sejak kita lahir lagi. tapi sebab apa kita masih perlu berdoa & berharap? saya jawab persoalan kamu dengan persoalan saya, kenapa Allah ada berfirman "mohonlah kepadaKu nescaya Aku akan perkenankan". sedangkan kalau kita tak minta pon Allah akan bagi pada kita dan Kenapa Rasulullah S.A.W setiap hari beratus kali bertaubat, sedangkan Rasulullah tau baginda maksum dan dijamin syurga? kenapa?
cuba kamu fikir dan jawab kembali persoalan-persoalan saya diatas.
tak lain tak bukan, kita berharap, kita berdoa untuk menjadikan kita orang yang bersyukur, hidup bertuhankan Allah, untuk rasa diri kita ni tiada apa-apa pun tanpa pertolongan Allah dan pengharapan inilah, sebagai penyambung hubungan kita dengan Allah.
kadang-kadang apa yang Allah takdirkan untuk kita dimasa hadapan itu sudah cemerlang, tapi kita sendiri yang menggagalkan perancangan yang Allah dah susun untuk kita itu dengan tidak berusaha kearah kecemerlangan itu. boleh faham ka setakat ni? untuk lebih jelas kita kena bincang bab Qada' dan Qadar, ada Qadar yang boleh berubah dan ada Qadar yang tidak boleh berubah. bergantung kepada usaha kita. Cuba lihat dalil ini:
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Allah menghapuskan apa-apa yang dikehendakinya dan Dia juga menetapkan apa-apa yang dikehendakinya.” (Surah al-Ra‘d 13: 39)
segala apa yang Allah telah aturkan boleh berubah dengan kehendakNya, dan jika Allah mahukan ia berubah, ia boleh berlaku dengan kehendakNya. tiada apa yang mustahil bagi Allah.
mesti akan ada yang cakap, "Alaa, buat apa aku usaha sedangkan, Allah dah tetapkan pun macam tu untuk aku" . tidak! Allah berikan kepada kita berdasarkan apa yang kita Sangkakan pada Allah. jika baik, maka baiklah, jika kurang baik, maka kurang baiklah. jadi sebagai manusia, tak perlu kita fikir apa yang Allah telah tetapkan untuk kita,tetapi selagi ada ruang , lakukanlah tugas kita sebaik mungkin sebagai hamba Allah. in sha Allah.
baik kita teruskan, untuk persoalan tentang cinta,
apa itu cinta yang kalian faham?
cinta itu luas definisinya, cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan manusia, cintakan haiwan, cintakan alam dan sebagainya. tapi kita fokuskan cinta kepada manusia yang bukan mahram untuk kali ini.
cinta itu fitrah, selalu kita dengar. Tetapi sejauh mana kita faham dengan maksud cinta itu fitrah?.
suatu perasaan yang semula jadi, dan setiap orang pon akan melaluinya. tapi Fitrah ini perlu DIURUSKAN. sebagai contoh, makan itu fitrah, minum itu fitrah, tapi jika kita makan khinzir ia jadi haram, jika kita minum arak ia jadi haram. jadi salahkah "kita makan" sebenarnya?
nampak tak? yang salah adalah bagaimana kita menguruskan fitrah itu. jika kita hala kan kearah yang baik, cara yang betul , maka cinta ini boleh mengangkat darjat kita disisi Allah. jika kita hala kan kearah yang salah, cinta ini boleh menghancurkan kita.
berbalik kepada realiti, seringkali kita dipersoalkan,
aku bercinta ja pon bukan couple. Aku bercinta dengan dia bukan ajak dating pon , call pon tak pernah ,jadi salahkan cara aku?. aku bukan selalu pun chat dia, tak salahkan.
tertarik untuk saya kongsikan,saya pernah baca satu statement
"orang yang bercinta ini, hakikatnya jasad memang tak bersatu, tapi hati sudah bersatu, hati kotor!"
Ibn Qayyim ada berkata:
"Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati.."
kenapa Ibn Qayyim sendiri berkata sedemikian, jika kita kata cintakan makhluk itu tidak salah? adakah dengan memalingkan cinta kita dari Allah itu yang kita katakan cinta yang tidak salah?
bila cinta sesama makhluk, hati selalu gelisah, tak tenang fikirkan itu, ini. takut curang. takut kehilangan. takut macam-macam. tipu kalau orang yang bercinta tak rasakan perkara ini. kita sendiri pon tak yakin dengan segala kemungkinan yang Allah aturkan untuk hidup kita untuk akan datang, jadi buat apa berharap pada manusia?
jadi inikah definisi cinta yang tidak salah bagi kita?
Cinta itu kegelisahan atau Cinta itu ketenangan?
sudah tentu cinta yang Allah REDHA itu adalah cinta yang membawa kepada ketenangan. dengan situasi takut curang, takut kehilangan. adakah itu ketenangan bagi kita?
sebagai pengakhir, carilah cinta Allah. Hakikatnya, cinta kepada Allah itu sudah cukup untuk kuatkan semangat kita saat kita lemah. Cinta yang Allah redha Allah akan hadirkan kepada orang yang layak kita cinta, Ibu, Ayah, keluarga, Sahabat-sahabat, suami dan isteri. itu yang Allah redha.
hati kita hanya satu, hati ini jugak kita gunakan untuk cinta dan untuk menghadirkan kekusyukkan dalam beribadah. Dihadapan Allah nanti juga kita hanya akan persembahkan HATI yang satu ini. jadi jagalah baik-baik.
kita manusia, takkan boleh lari dari perasaan cinta, Uruskan cinta itu dengan Panduan Allah, dengan iman, dengan ilmu, supaya cinta yang kita pegang itu bukan cinta yang tercemar.
jadi sebagai pengakhir, maaf andai penerangan saya diatas kurang menjawab. saya yang menulis ini juga bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesilapan. Doakan saya diberi kekuatan istiqamah dan amalkan apa yang saya sampaikan. hakikatnya kita manusia "iman yazid, wa yanqus". jadi tak perlu kita lihat orang yang melakukan dosa itu seolah-olah dia pasti ke neraka, dan kita yang kononya beramal soleh ini pasti kesyurga. boleh jadi suatu hari nikmat islam dan iman itu, Allah pindahkan kepada mereka. nauzubillah minta dijauhkan. Doakan saya juga ya!
Wallahu 'alam, terima kasih. ;)
1 comments:
A password is the important element of Blockchain wallet and forgetting the password is a normal thing. There are recovery steps through which you can recover your password or for best results and save your time, you can directly talk to the professionals who can guide you accurately in minimal time with the high-end protection. You can dial Blockchain customer support number 1800-665-6722 and get in touch with the professionals immediately to attain the finest and accessible solutions.
blockchain.info fork support
blockchain wallet support phone number
Post a Comment