TIPS: Dunia ini luas untuk melihat


Assalamualaikum wbt
Allahumma Solli 'ala muhammad

Alhamdulillah, haa harini Liyana terdetik untuk share pada korang tentang entri Liyana bertajuk 'Dunia ini luas untuk melihat'.

kenapa tajuk ini?
beberapa hari lepas Liyana ada tonton video dari Ustazah Norhafizah musa tajuk tak ingat dah, secara rawak terbuka perkongsian ustazah.

dalam kehidupan kita ni, kita ada banyak target dan cita-cita. dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. semua tersusun kemas target kita. Namun andai target itu ingin dicapai seperti yang diharapkan, ia perlu disusun garis masanya agar berhasil seperti yang kita hajatkan. Namun ada ketika apa yang kita citakan itu tidak mencapai seperti yang diharapkan. Cantik susun plan A tiba-tiba jadi B. Tidak seperti yang kita idamkan.

Sahabat... Sini jap..

dalam hidup kita..

"Kita merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah"

"Kita merancang dengan cita, namun Allah merancang dengan cinta-Nya"

haa genggam 2 bait kata tu.



kenapa diawal tajuk Liyana sebutkan DUNIA INI LUAS UNTUK MELIHAT?

kerana setiap apa yang berlaku kecewa atau bahagia, perasaan itu kita yang tentukan. Ya, kita!
kenapa Liyana cakap macam tu?

sebab seseorang itu akan tenang tersenyum tatkala ujian menerpa andai dia tahu ujian itu tanda Allah sayang, tanda Allah kasih, tanda Allah masih peduli dan lihat kita. Masya Allah...
sangat besar hikmah andai kita alihkan pandangan kita disudut yang lain.

sahabat..

hidup kita ni, kita punyai pilihan untuk pandang dimana sahaja tempat yang kita inginkan. maka pilihlah yang menenangkan hatimu dan yang membuat kamu bahagia.

sakit, sedih, marah ..
itu biasa

sebab kita manusia, lumrah iman naik dan turun, malah tenaga badan kita juga ada naik dan turun.
namun, bukan itu persoalannya..

persoalannya adalah, bagaimana cara kita bangkit semula setelah jatuh! itu yang membuatkan kita bernilai dalam menghargai diri kita sendiri.

hidup ni adalah pilihan, ingin melayan kesedihan atau bangkit dengan kebahagiaan.

switch!! tukar!

tukar mindset yang selalu rasa lemah, marah, sedih dengan bahagia.
Bahagia itu kita yang pilih bukan orang lain. 2 perkara penting untuk entri kalini yang Liyana nak sampaikan adalah:

1. Ubah cara FIKIR
2. Hidup ini adalah pilihan untuk bahagia atau derita, pilih dengan ubah cara berfikir.
3. Bangkit kendalikan emosi, pujuk hati dengan realiti

Liyana tinggalkan korang dengan satu hadis sabda Rasulullah SAW, diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi:


 الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها  فهو  أحق بها  
(رواه  الترمذي)

Maksudnya: Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya.
(Riwayat Tirmizi).

jadi, hikmah itu yang kita perlu selak dan dicari disebalik ujian.
Sebab Allah sebut orang yang Allah sayang adalah orang yang banyak Allah berikan ujian,
seperti firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2:

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

dari situ Allah pujuk kita, Allah berikan kita ujian kerana Allah nak jadikan kita orang beriman. Orang beriman adalah orang yang dekat dengan Allah dan kasih sayang Allah.
Cukuplah itu sebagai hadiah yang paling bernilai untuk kita terus kuat dan redha akan setiap takdir yang menimpa dalam hidup kita.

jadi, akhirnya, Liyana nak kita sama-sama sentiasa bersangka baik akan setiap takdir yang Allah susun untuk kita. kerana Allah yang menciptakan kita, maka Dia jualah lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Wallahu'alam
moga bermanfaat

-Beautiful Of Iman-

0 comments:

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena