Aku Penulis buku!


Bismillah
Assalamualaikum wbt
ok fuh haha, tajuk entri kali ni pon agak tertanya-tanya ye sahabat-sahabat.

ok first sekali Liyana baru sahaja menulis balik kat blog setelah lebih kurang 1 tahun.
untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Liyana masih lagi belajar, tahun 3 di Universiti Sains Islam Malaysia dan mengambil jurusan Sains Aktuari. ok Sains Aktuari tu apa? haa next entri Liyana kongsi pasal kos Liyana pulak okeyh, mana tahu ada adik-adik yang tengah buntu nak isi UPU kan.

ok, Liyana buat apa lama sangat diam?
ada ja ni haa, haha cuma Liyana aktif lagi di instagram, facebook, twitter berbanding di blog. boleh follow Liyana kat ig @liyanazulkiffli(done promote). hahah

kenapa aktif balik blog?
Liyana suka menulis, sikit-sikit pon tulis, haha untuk korang yang belum tahu Liyana ada tulis satu buku bertajuk man jadda wajada, satu permulaan. haa korang nak dapatkan buku tu boleh roger-roger Liyana. Liyana tulis dalam buku tu bersama sahabat-sahabat Liyana yang lain. permulaan Liyana sebagai penulis in sha Allah, doakan Liyana gais. so lepas ni, Liyana akan terus menulis di blog Liyana balik in sha Allah. moga-moga perkongsian Liyana di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat korang.





buku ni genre motivasi, banyak kisah dalam ni ada 32 bab yang menyuntik semangat setiap manusia yang pernah jatuh. Tema buku ini adalah Bangkit!

jadi korang kalau pernah rasa down, putus harapan tak tau nak buat apa, cuba baca buku ni, in sha Allah banyak kata-kata penguat yang membuatkan kita semangat untuk bangkit dan terus berjalan.

satu tips menulis adalah,
menulislah sampai mahir, bukan tunggu mahir baru nak menulis.
sebab sepanjang perjalanan kita cuma menulis itu, kita akan belajar banyak perkara untuk tingkatkan penulisan kita. so yeah! goodluck. doakan Liyana juga.

next buku in sha Allah coming soon dalam proses untuk dipublish, korang doakan okeyh! buku tu Liyana ada tulis juga bersama kawan-kawan yang lain.

ok setakat tu dulu, nanti Liyana update entri lagi in sha Allah. nantikan ya!

-Beautiful Of Iman-


2 comments:

Siti Yang Menaip said...

antara cita2 masa kecik nak jadi penulis..
tapi makin dewasa tatau jadi apa dengan cita2 tu..

jadi penulis blog jela =)

Unknown said...

Starting dengan blog in sha Allah, boleh tu. Ada rezeki satu Hari nanti siti menulis buku pulak. Aamiin

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena