Fadilat dan Kelebihan Basmalah


Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillah peluang dan ruang yang ada ini Liyana ambil kesempatan untuk sampaikan sedikit ilmu kepada rakan2 blogger yang dihormati..

Antara Fadilat dan kelebihan Basmalah(bismillah)

1)Basmalah adalah bacaan pembuka kepada amalan yang baik.
ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmalah,maka ia akan menjadi kurang."


2)Basmalah adalah pendinding keselamatan rumah dan barang-barang daripada kebakaran,kerosaka dan kehilangan.
ia juga pelindung daripada syaitan yang menyelinap di dalamnya(rumah dan barang-barang ).
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

tutuplah pintumu(pintu rumahmu) dan sebut nama Allah.Padamkan lampumu dan sebut nama Allah.Ikat penutup bekas air(supaya air tidak tumpah dan dimasuki sesuatu) dan sebut nama Allah.tutup perkakasmu (gelas,cawan,bejana dan lain-lain) dan sebut nama Allah.


3)Basmalah adalah pendinding bagi suami isteri agar anak-anak mereka tida diganggu oleh syaitan.
bermula waktu bersama(persetubuhan) hinggalah sesudah melahirkan anak.Ini sebagaimana yang terdapat dalam hadis Riwayat al-bukhari,Rasulullah SAW bersabda yag bermaksud:

"jika seseorang daripada kamu apabila mahu mendatangi isterinya,dia membaca "Dengan nama Allah.Ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada anak yang engkau rezekikan kepada kami." Sesungguhnya , jika ditakdirkan antara mereka berdua memperoleh anak daripada waktu bersama itu ,nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya."
 Sumber: majalah Al-ustaz
wsalam
~Blogger Muda~

1 comments:

ejulz said...

perkongsian menarik dan berguna.. terima kasih..

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena