Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!


Assalamualaikum...petang yang indah ini Liyana ingin kongsikan apa yang Liyana telah baca disebuah website tadi!jom sama-sama kita baca...
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang dimuliakan, Muhammad bin Abdullah serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW..
Sepersis perut saat berkeroncong, barulah empunya diri tersedar bahawasanya ia lapar, lalu 'signal' bunyi tadi dihantar ke otak untuk memahamkan keadaan tubuh untuk bertindak, kemudian kemahuan dinyatakan dengan jelas "saya mahu makan".

Demikianlah sedikit pelajaran yang boleh kita ambil dari penciptaan diri kita sendiri, yakni hati, perbuatan dan lisan ibarat '3 incredible function'. Ketiga-tiganya saling berkait dan saling bekerjasama. Banyak lagi perumpamaan yang boleh diolah, dan ianya bergantung kepada sejauh mana kesedaran, kefahaman dan kemahuan kita ke arah menghayati setiap ciptasa Allah.
DIA-lah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."(Surah al-Mulk ayat 23)


Adapun pelajaran ringkas di atas membawa kaitan kepada satu pelajaran yang berkesinambungan lebih jauh. Jauhnya penting untuk hati-hati yang ingin berubah dan mengubah.
Dimulakan penghijrahan Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu dari Mekah ke Madinah ditunjangi atas kesedaran akan fungsi hijrah itu sendiri, dimaknai dengan kefahaman yang mendalam, dan dijayakan dengan kemahuan yang kuat untuk merealisasikan hijrah bersejarah itu. Hasilnya, terpasaklah satu 'peribadi dunia islam' yang unggul di laman sfera ini.
Dalam proses dakwah dan tarbiyah Rasulullah SAW dan para sahabat ketikanya, bersaksikan masa yang dipilin bukanlah singkat, akal budi merentas cela cerca keadaan yang penuh kegawatan, lalu tibalah cahaya wahyu (Al-Quran) dari Loh Mahfuz  diturunkan kepada 'pembawa kebenaran' (Rasulullah) menjadi momentum kekuatan dan pengemudi tetap dalam mengharungi perubahan jahiliyah diri dan bangsa, membenam peribadi tercela untuk membina tamadun berjiwa baru dengan sinar Islam dan Iman.

Biodata penulis:
Sittilin Salleh merupasakan siswazah tahun satu (1) jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Malaysia Sabah.

1 comments:

ejulz said...

smoga kita smua diberi petunjuk dan kemudahan dariNya..


kalau sudi jemput join k.. :)

http://kampung-kameq.blogspot.com/2012/12/kamu-sahabatku-giveaway-by-ejulz.html

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena