12 barisan umat Nabi Muhammad S.A.W di Padang Mahsyar.


Assalamualaikum...Alhamdulillah Liyana masih ada peluang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang Liyana
baca dari sebuah artikel sebentar tadi..
semoga artikel ini dapat memberi sedikit iktibar serta keinsafan dalam diri kita..


Barisan pertama:
-manusia tanpa tangan dan kaki.Mereka didunia suka menyakiti hati jirannya.

Barisan kedua:
-manusia berwajah khinzir hitam.mereka didunia melalaikan solat atau bersolat tetapi maish melakukan kemungkaran.

Barisan ketiga:
-manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking.mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat.

Barisan keempat:
-manusia yang keluar darah dari mulutnya.mereka itu berdusta dalam urusan jual beli.

Barisan kelima:
-seperti angin yang bertiup yang berbau sangat busuk.mereka didunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut kepada Allah.

Barisan keenam:
-manusia yang tenggorok dan tengkaknya putus.mereka didunia menjadi saksi palsu,mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan dia teraniaya.

Barisan ketujuh:
-manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya.mereka didunia enggan melakukan kesaksian atau menyembunyikan sesuatu menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.

Barisan kelapan:
-manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala) manusia yang melacurkan diri atau berzina atau bertaubat.

Barisan kesembilan:
-manusia yang berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi.mereka didunia memakan harta anak yatim.

Barisan kesepuluh:
-manusia yang bertubuh penuh dengan lepera dan velak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal).mereka didunia menderhaka kepada ibubapanya.

Barisan kesebelas:
-manusia yang buta matanya,giginya seperti tanduk,bibir melebar hingga ke dada,lidah terjulur sampai ke perut,dan keluar kotoran yang sangat jijik.mereka didunia meminum arak.

Barisan keduabelas:
-manusia yang berwajah berseri dan bercahaya.merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

3 org bersuara!!:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. masyallah ngeri je baca ni. semoga kita dijauhkan keadaan yang pelik2 tu...

Aiman Zul said...

Maaf barisan kelapan...manusia berjalan terbalik(kaki ke kepala) iaitu manusia yg melacurkan dirinya atau berzina tanpa taubat....harap maaf atas kesilapan ayat....

Aiman Zul said...

Saya liyana syafiqah menggunakan user adik saya...maaf pada kesilapan di barisan kelapan....manusia yg melacurkan dirinya, atau berzina tanpa taubat kepada Allah...sekian ~blogger muda~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

. Template by Liyana Syafiqah Beautiful Of Iman and Malaysia