Nikmatnya perpisahan insan Bercouple


"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."

dipetik dari :iluvislam

1 comments:

Unknown said...

salam, ziarah kembali dari saya.. Entry menarik dan sungguh bermakna.. Terima kasih atas sharing.. Sememang nya couple sebelum nikah lebih mendtgkan kesan buruk.. Tapi sekiranya kita menjaga batas2, tidak salah, bersalah berlandaskan agama : D Maaf jika terkasar bahasa..

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena